+601110326168 info@mykontena.com

Sebelum anda membuat tempahan dengan kami, anda boleh rujuk tatacara tempahan di bawah terlebih dahulu.

LANGKAH PERTAMA - PASTIKAN ADA TAPAK

Pastikan anda/ pelanggan anda MEMPUNYAI TAPAK membina rumah (PEMILIKAN SENDIRI, KELUARGA, PAJAKAN, SEWAAN ASALKAN TIDAK MENJADI ISU)

LANGKAH KEDUA - HANTAR MAKLUMAT

Pastikan anda/ pelanggan anda menghubungi kami melalui whatsapps +601110326168 atau nombor pegawai pemasaran kami (di iklan) dengan menyertakan maklumat berikut:
1) Nama Penempah, Alamat Dan Alamat Emel
2) Alamat Lokasi Tapak Dan Status Kegunaan Tanah
3) Jenis Binaan Yang Dirancang (Jenis, Saiz, Bilangan Bilik):
4) Bajet:
5) Tarikh Jangkaan Hendak Diduduki:
7) Lain-lain Maklumat Seperti Gambar Tapak DLL

*Kami memerlukan maklumat yang lengkap untuk memudahkan kami membantu andaEMPUNYAI TAPAK membina rumah (PEMILIKAN SENDIRI, KELUARGA, PAJAKAN, SEWAAN ASALKAN TIDAK MENJADI ISU)

LANGKAH KETIGA - PERBINCANGAN ATAS TALIAN

PERBINCANGAN SECARA ONLINE (WHATSAPPS/ WHATSAPP GROUP)
1) Syarikat akan memberikan maklumbalas berdasarkan maklumat pada LANGKAH KEDUA iaitu:
a) ANGGARAN KOS KASAR KESELURUHAN
b) KELULUSAN MAJLIS (JIKA BERKENAAN) DAN KOS TERLIBAT
c) KOS REKABENTUK
d) CARA DAN KOS MEMBUAT MEMBUKA FAIL GILIRAN TEMPAHAN DAN PERBINCANGAN LANJUT

* Sekiranya tidak berminat untuk meneruskan uruasn dengan pihak kami, ANDA boleh BERHENTI SETAKAT INI.

LANGKAH KEEMPAT - BUKA FAIL GILIRAN

Anda perlu membuat bayaran tempahan giliran mengikut nilai anggaran kasar projek (Wang ini akan DIKEMBALIKAN/ REBAT semula kepada anda pada klaim terakhir kami semasa projek berjalan.

Ini adalah bertujuan untuk membantu kami menyusun jadual kerja mengikut ‘First Come First Serve’ dan menyaring pelanggan yang tulen (kami telah menerima terlalu banyak ‘joybidder’ dan ‘freerider’ yang menyebabkan pihak kami tidak dapat melayan pelanggan tulen dengan efektif disebabkan oleh masa yang terbuang melayan mereka yang tidak serius

Bagi Projek dengan ANGGARAN KOS KASAR BERIKUT:
a) RM 99K ke bawah, tempahan adalah RM 500 sahaja
b) RM 100K hingga RM 199K adalah RM 700 sahaja
c) RM 200K hingga RM 299K adalah RM 900 sahaja
d) RM 300K hingga RM 399K adalah RM 1200 sahaja
e) RM 400K hingga RM 499K adalah RM 1500 sahaja
f) RM 500K ke atas adalah pada kadaran 1% dari anggaran kasar

Sila ambil maklum bahawa Wang ini akan DIKEMBALIKAN/ REBAT semula kepada anda pada klaim terakhir kami semasa projek berjalan. Sekiranya anda memutuskan untuk berhenti menggunakan khidmat kami pada mana-mana stage selepas dari Step 4 ini, Wang ini tidak akan dikembalikan dan dicaj sebagai kos pengurusan.

KAEDAH INI JUGA TERPAKAI UNTUK PIHAK AGENSI, FIRMA DAN BADAN KORPORAT YANG MEMERLUKAN KHIDMAT NASIHAT DAN REKABENTUK DARIPADA KAMI.

LANGKAH KELIMA - PERBINCANGAN LEBIH TERPERINCI

Setelah tempahan diterima, PIHAK SYARIKAT akan mengusulkan tarikh untuk perbincangan bersemuka dengan pelanggan bagi membincangkan secara terperinci tentang rekabentuk, kos dan lain-lain keperluan seperti:

1) LAWATAN TAPAK
2) PEMERIKSAAN TAPAK (JIKA PERLU)
3) KERJA-KERJA REKABENTUK DAN DETAIL BQ
4) PERBINCANGAN DENGAN MAJLIS TEMPATAN DAN INSTITUSI PEMBIAYAAN (JIKA BERKENAAN)
5) LAIN-LAIN PERKARA YANG BERKAITAN

*Kami memerlukan maklumat yang lengkap untuk memudahkan kami membantu anda.

LANGKAH KEENAM - PERSETUJUAN REKABENTUK

1. Setelah anggaran kos dipersetujui, pihak pelanggan akan membuat bayaran bagi kerja rekabentuk berdasarkan persetujuan harga anggaran dan perbincangan. Pihak syarikat akan membuat deraf rekabentuk dan akan membuat perbincangan lanjutan dengan pelanggan bagi sebarang info dan maklumbalas/ perubahan (Maksimum 3 kali perubahan).

2. Pihak syarikat akan menyediakan kos terperinci berdasarkan rekabentuk dan cadangan material yang telah dipersetujui bersama.

ANGGARAN MASA KESELURUHAN BAGI PROSES INI ADALAH SEKITAR DUA (2) MINGGU HINGGA LIMA (5) MINGGU BERGANTUNG KEPADA SAIZ DAN KERUMITAN REKABENTUK

LANGKAH KETUJUH - SURAT PERJANJIAN

Setelah persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak atas rekabentuk dan kos, syarikat akan menyediakan
1. SURAT PERJANJIAN PEMBINAAN yang akan diserahkan kepada pelanggan untuk disemak jika ada pengubahsuaian.
2. Sekiranya pelanggan BERSETUJU dengan SURAT PERJANJIAN TERSEBUT, ianya akan DIMATIKAN STEM dan salinan akan diserahkan kepada pelanggan. DOKUMEN ASALH adalah disimpan oleh pihak syarikat. KOS mematikan stem (cukai hasil) adalah DITANGGUNG OLEH PELANGGAN.
3. PROSES BERIKUTNYA ADALAH MENGIKUT PERJANJIAN YANG DIPERSETUJUI BERSAMA.
4. TUNTUTAN PERJALANAN PROJEK ADALAH SECARA BERKALA SEBAGAIMANA DIPERSETUJUI BERSAMA

HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN SEKARANG