+601110326168 info@mykontena.com

“Di MYKontena.com, kami sentiasa percaya bahawa dorongan untuk berusaha memperbaiki keadaan diri biasanya bersandarkan kepada kepercayaan bahawa semakin banyak kita berusaha mempermudahkan urusan dan menyampaikan hasrat dan hajat orang lain, maka semakin mudah jualah Allah mempermudahkan urusan, menyampaikan hasrat dan hajat kita, samada untuk kesudahan yang baik di akhirat, mahupun keselesaan dan kebahagiaan untuk kehidupan di dunia.

Kejujuran dan kesungguhan dalam melakukan sebarang pekerjaan yang disandarkan kepada ibadah akan memberikan keberhasilan yang baik dan menguntungkan, bukan sahaja dari aspek wang ringgit atau kebendaan, tetapi yang lebih penting adalah kepuasan dalam diri yang wujud daripada suatu usaha yang sempurna dan terbaik, setiap kali.”

TENGKU AZZUAN SHAH TENGKU MOHAMAD

PENGARAH  URUSAN MYKONTENA.COM

LATAR BELAKANG MYKONTENA.COM

MYKontena.com adalah satu jenama yang diuruskan oleh ECOTEC SYNERGY GROUP yang  terdiri daripada kumpulan beberapa buah syarikat yang bekerjasama bersama sama sebagai satu kumpulan pemain bagi menjayakan sesebuah projek yang diamanahkan. Syarikat – syarikat yang membentuk ikatan tersebut adalah:

1)Ecotec Synergy Industries PLT (LLP00008022-LGN)

  – Tulang belakang dan menjadi syarikat asas, mengetuai pengurusan projek, pemasaran dan memacu halatuju   syarikat ke arah perkembangan di masa hadapan.

2) Ecotec Synergy Ventures (002447204-X)

                           –  Kerja Fabrikasi dan kejuruteraan berkaitan kontena , IBS , Konvensional dan  projek yang berkaitan   dengannya.

3) Ecotec Synergy Construction ( JM0792081-M)

                           –  Kerja kerja kejuruteraan, besi  dan pemasaran.

4) Creative Wealth Resources ( JR0009453 –H)

                           –  Pembekal kabin , kontraktor landskap dan kerja kerja hiasan dalaman.

5) Thambard Resources ( SA0396103-W)

                          – Pembekal utama kontena terpakai.

ECOTEC SYNERGY GROUP juga merupakan  sub- contractor utama  untuk TCMY Technology yang bernaung di bawah Kumpulan Karisma, yang berpengkalan di Pelabuhan Utara, Klang, bagi kerja kerja kabin, kontena dan hiasan dalaman.

TENTANG ECOTEC SYNERGY GROUP

Bidang perniagaan utama  Ecotec Synergy Group  adalah menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan bangunan terutama  menggunakan kontena dan kabin, penyediaan tanah lot banglo yang diuruskan meliputi tanah persendirian, tanah syarikat sekutu dan tanah individu atau syarikat lain.

Ecotec Synergy Group  juga merupakan antara pemain utama dalam pasaran pembinaan rumah/ premis menggunakan kaedah gunapakai semula kontena perkapalan dan “metaldec cabin”.

Selain daripada itu, Ecotec Synergy Group  juga membuat kerja kerja perlandskapan, hiasan dalaman dan mempromosikan teknologi hijau seperti penggunaan sistem solar dan cat tanpa toksik sebagai nilai tambah bagi produk yang dipasarkan.

Ecotec Synergy Group  sedang dalam proses mendapatkan lesen pemaju daripada Kementerian Perumahan , selain berdaftar sebagai kontraktor  CIDB yang diiktiraf oleh Pusat Kontraktor PKK dan agensi lain yang berkaitan.

Ecotec Synergy Group  juga sedang dalam proses  bekerjasama dengan Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM (FRSBUPM) untuk membina sebuah “ show office & gallery “ sebagai pejabat utama bagi semua urusan dan dijangka ada memulakan operasi di tapak baharu menjelang suku ke  3 tahun 2018. Selain daripada itu, kerjasama yang bakal dijalankan adalah merangkumi “R&D” bagi memajukan industri  ini selain mencari idea idea baharu untuk membina kehidupan mampan bagi generasi akan datang.

 

VISI SYARIKAT

VISI Ecotec Synergy Group  adalah untuk menjadi pemain utama dalam industri ini, iaitu sebagai kontraktor dan pembekal utama semua produk berasaskan kontena dan kabin di Malaysia dan di Asia Tenggara selain menjadi pemacu untuk gaya hidup hijau dan mesra alam.

 

MISI SYARIKAT

MISI Ecotec Synergy Group adalah untuk membantu menyelesaikan masalah perumahan bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah dan membantu mengurangkan golongan gelandangan  selain membina usahawan usahawan dalam bidang pemasaran dan berkaitan melalui program wakil pemasaran dan agensi.